Thursday 18 December 2014

PENGALAMAN BERSALIN MUHAMMAD IZZ ZARIFF

Teks : Siti Nafsiah Binti Yusof
Photo: Koleksi Peribadi



Tanggal 28/12/2013 hari bermakna bagi aku dan suami, manakan tidak hampir setahun menunggu insan tersayang, tepat jam 7.11mlm usai solat maghrib berkemundang lahir seorang khalifah kecil ke bumi Allah swt, saat itu segala sakit perit hilang melihat wajah gebu si kecil.

Cerita tentang saat ingin bersalin ini, mungkin agak kelakar sedikit pada hari aku ingin melahirkan keluarga aku sedang bersiap-siap untuk ke johor bahru untuk menetapkan tarikh perkhawinan abang aku, waktu tu masih tidak berapa sakit lagi, suami aku pula masih di Rompin Pahang, baru habis bertugas. Waktu itu aku telah keluar tanda untuk bersalin,family aku dah merancang untuk batalkan sahaja untuk pergi ke rumah tunangan abag aku (kini da jadi isteri) tapi aku berkeras agar mereka pergi sahaja jadi ibu bapa aku pun akur, dan aku seoarng diri menunggu suami aku sampai dari Pahang untuk membawa ke Hospital Besar Melaka.

Jam 1.00 Petang, tiba di Hospital Besar Melaka aku terus di tolak ke bilik saringan untuk diperiksa oleh doktor, dan doktor mengesahkan aku da buka 4cm ketika itu, doktor panggil nurse supaya sediakan aku 1 bilik bersalin kerana akau akan ditolak terus ke Labor Room kerana aku mempunyai sejarah penyakit darah tinggi sewaktu aku mengandung. Jadi aku pon menyiapkan mental dan fizikal supaya aku tenang mengharungi proses bersalin nanti. Bibir aku tidak putus berselawat, membaca ayat kursi dan membaca doa nabi yunus, 

Lebih kurang jam 5.30 petang, air ketuban aku sudah pecah saat itu perut umpama dipulas-pulas hanya Allah yang tahu rasanya, tapi demi si kecil ku aku tidak boleh menyerah, seorang sister datang datang dan membuat pemeriksaan dan berkata aku sudah boleh bersalin, dan beliau berkata jika rasa sakit aku teran sahaja supaya kepala baby cepat keluar, aku ikut arahan nurse itu tanpa putus asa dan jam 7.11 malam, lahir MUHAMMAD IZZ ZARIFF BIN MOHAMAD FIRDAUS, dengan berat hanya 2.45kg sahaja, sungguh comel dan manis orangnya. Akhir kalam. doa ummi untuk mu semoga kamu menjadi seorang anak yang menjaga imannya, menjaga solatnya, menjaga akhlaknya dan semoga anak ummi menjadi anak yang soleh dan mendoakan kedua ibu bapanya, Ummi dan abah akan melalukan apa sahaja untuk kamu wahai khalifah kecilku.Kepada suamiku Mohamad Firdaus Rosli, terima kasih kerana tidak putus-putus memberi semangat dan terima ksih kerana menjadi ayah dan suami yang sangat baik.


Dengan cinta
- Siti Nafsiah Binti Yusof-