Thursday, 1 January 2015

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH SWT

Teks : Siti Nafsiah Binti Yusof

Alhamdulillah masih lagi bernafas dibumi Allah swt ini, hari jumaat 2/1/2015 yang indah. Syukur atas segala nikmat-nikmat yang Allah Swt kurniakan pada hari ini. 

Ct nak kongsi sikit pengalaman 2 hari ini, mungkin Allah hendak buka pintu hati ini ct guna pakai teknik Bertanya pada Allah (BAD), Ct cuba kali pertama waktu anak ct tak mahu tidur dah tengah malam pun masih mata dia segar bugar, masa tu pula ct sangat-sangat mengantuk sebab esoknya nak kerja, jadi teringat Teknik BAD ct bisik dalam hati "Ya Allah sudah tengah malam ni, anak aku masih taj tidur lagi, KepadaMu Ya Allah aku bermohon kau lenakanlah anak aku,kerana aku dah tak mampu menahan mata yang mengantuk" so lepas tu ct biarkan je tak fikir apa-apa lagi, tidak sampai sepuluh minit lepas tu, ct tengok anak ct da start gosok-gosok mata dan minta susu, lepas diberi susu terus terlena. Ya Allah waktu itu, Allah je tahu perasaan ini Allah swt Maha Pendengar, waktu tu terus rasa nikmatNya. TERIMA KASIH YA ALLAH. 

Lepas kejadian itu, ct makin yakin dengan kuasa doa, cepat atau lambat semua Allah yang tentukan kita HambaNya harus sentiasa yakin dan bersungguh-sungguh meminta, DOA!!! DOA!!! DOA!!! Kuasa DOA amat hebat ye sahabat-sahabat semua. Ini apa yang berlaku pada ct Allah Maha mengetahui apa yang HambaNya perlu, bukan apa yang HambaNya kehendaki. Ct akan terus apply teknik ini dalam kehidupan seharian ct. 


Salam sayang

Siti Nafsiah Bt Yusof